BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Translate

Ahad, 3 Jun 2012

MEMBUAT SARUNG KERIS

Aku mempunyai banyak keris yang tidak mempunyai sarung dan hulu. Semasa dapat keris ni pun dah takde sarung dan hulu. Hulu dan sarungnya yang asal telah reput dimakan usia. Kerana keris yang aku simpan berusia ratusan tahun. Kalau aku nak tempah sarungnya tentu mahal. Selama ini keris ini disimpan didalam kain kuning.                                                                                     Ini adalah sebahagian dari keris yang tiada sarung dan hulu. Aku mengambil keputusan untuk membuat sarungnya sendiri. Aku bukannya pandai buat sarung keris tetapi aku ni jenis orang yang suka buat sendiri cantik ke tidak kemudian kira. Aku ingin menjadi orang yang serba boleh. Inilah lakaran kasar sarung keris.Setelah dibentuk secara kasar.Setelah dibentuk dan di licinkan.Setelah di kilatkan.Inilah sarung keris pertama hasil tangan aku sendiri                                                                                  Ini adalah 2 bilah keris yang telah Aku buat. Aku berpuas hati dengan hasil tangan aku sendiri walaupun tak cantik.

0 ulasan: