Selasa, 30 November 2010
buah nipah
Setandan mengandungi 60 hingga 70 ulas. Cara mengambil buah nipah sebenarnya sedikit rumit. Pertama sekali kena pastikan buah tidak terlalu tua atau muda. Kalau tua bukannya gigi akan patah parang pun tak dapat membelahnya. Lebih keras dari batu.
Kalau terlalu muda hanya air saja yang ada. Tiada isi. Berat nya antara 30 hingga 40 kilogram setandan Buat penat aje kalau muda atau tua bukannya ringan.
Jadi untuk mengelakan dari penat dan untuk mengetahui sesuai untuk dimakan.Aku ada caranya yang aku lakukan (ibu dan bapa aku ajar) bila jumpa buah yang sesuai jangan potong tangkai tandannya. cuba ketuk seulas dari tandannya supaya terlerai dari tandannya. selepas itu belah ulas tadi untuk mengetahui tua atau muda. Sebab seulas mewakili seluruh tandan. kalau tua atau muda tinggalkannya dan cari yang lain. begitulah seterusnya sehingga jumpa yang sesuai.
Setelah dibelah beginilah isi yang paling sesuai dan paling sedap untuk dimakan bukan senang nak makan buah nipah ni. tak hilang penat. isi yang sesuai mempunyai lekuk ditengah dan berair serta kenyal. isinya sedikit melekit.
pokok nipah hidup disepanjang sungai berair tawar. selain dari daunnya yang boleh dibuat atap dan kalau di Johor daunnya boleh dibuat pembungkus otak-otak atau pucuknya boleh dibuat rokok daun, tetapi ramai yang tak tau buahnya juga lazat dimakan.
Dicatat oleh putera katak di 6:56:00 PTG 0 ulasan
Label: BUAH NIPAH
Khamis, 25 November 2010
Isnin, 15 November 2010
tentang aku.
aku dilahirkan pada hari pagi khamis 18 oktober 1973. berbintang libra. aku membesar dalam keluarga yang sederhana. bersama 5 adik beradik yang lain. iaitu 2 orang kakak, seorang abang , seorang adik lelaki dan seorang adik perempuan. aku pernah bersekolah rendah di sekolah kebangsaan temiang muar dan bersekolah menengah di sekolah menengah kebangsaan tun perak muar dari tahun 1986 hingga 1990. setelah tamat belajar aku terus bekerja di sebuah kilang di kawasan perindustrian tanjung agas hinggalah sekarang sebagai juruteknik. hobiku membaca, melukis, merekacipta, modifikasi, dan berangan. aku memang tak banyak kawan kerana aku lebih suka menyendiri. biarlah suka dan duka aku lalui berseorangan. seperti katak di bawah tempurung. sebab tu lah aku mengelarkan diri ku putera katak. putera katak yang berharap akan bertemu seseorang yang akan mengubah hidupnya..........
Dicatat oleh putera katak di 7:04:00 PTG 0 ulasan