BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Translate

Selasa, 30 November 2010

buah nipah

                                                         Pokok nipah banyak tumbuh di sepanjang sungai Muar yang berair tawar. Ramai yang tak tahu bahawa buah nipah boleh dimakan selain niranya yang boleh dibuat gula nipah.
                                              Setandan mengandungi 60 hingga 70 ulas. Cara mengambil buah nipah sebenarnya sedikit rumit. Pertama sekali kena pastikan buah tidak terlalu tua atau muda. Kalau tua bukannya gigi akan patah parang pun tak dapat membelahnya. Lebih keras dari batu.
                                             Kalau terlalu muda hanya air saja yang ada. Tiada isi. Berat nya antara 30 hingga 40 kilogram setandan  Buat penat aje kalau muda atau tua bukannya ringan.
                                                       Jadi untuk mengelakan dari penat dan untuk mengetahui sesuai untuk dimakan.Aku ada caranya yang aku lakukan (ibu dan bapa aku ajar) bila jumpa buah yang sesuai jangan potong tangkai tandannya. cuba ketuk seulas dari tandannya supaya terlerai dari tandannya. selepas itu belah ulas tadi untuk mengetahui tua atau muda. Sebab seulas mewakili seluruh tandan. kalau tua atau muda tinggalkannya dan cari yang lain. begitulah seterusnya sehingga jumpa yang sesuai. 
                                                  
                                                            Setelah dibelah beginilah isi yang paling sesuai dan paling sedap untuk dimakan bukan senang nak makan buah nipah ni. tak hilang penat. isi yang sesuai mempunyai lekuk ditengah dan berair serta kenyal. isinya sedikit melekit.
pokok nipah hidup disepanjang sungai berair tawar. selain dari daunnya yang boleh dibuat atap dan kalau di Johor daunnya boleh dibuat pembungkus otak-otak atau pucuknya boleh dibuat rokok daun, tetapi ramai yang tak tau buahnya juga lazat dimakan.

0 ulasan: