Memasang tv card pada pc membolehkan kita menonton tv pada monitor pc kita. Fungsinya sama seperti tv biasa dengan beberapa kelebihan yang kita tak boleh lakukan pada tv biasa. Biasanya disertakan sekali dengan alat kawalan jauh dan penerima IR. (infrared). Biasanya disertakan softwere yang boleh anda memilih paparan, Circular atau standard dengan pilihan warna. Tersedia juga FM radio dengan antena. Antena tv tidak disertakan. Anda boleh memasang apa sahaja antena sama ada in door atau out door. untuk gambar yang jelas anda gunakanlah antena yang ada booster. Anda boleh memilih stesen radio kegemaran dengan mudah. Inilah tv card (PC TV) sebelum dipasang. Banyak jenama dipasaran dari banyak pengeluar. Gambar di atas adalah dari jenama GIGABYTE model GT-PTV-AF-RH. Anda boleh menonton seperti tv biasa dengan adanya alat kawalan jauh. Alat kawalan jauh ini juga boleh berfungsi seperti tetikus tanpa wayar. (wireless mouse). Setelah dipasang pada pc. (slot pci ) pemasangan yang mudah. Anda sendiri boleh pasang. Disertakan juga viedo composite converter yang boleh anda sambungkan pada vcd atau dvd biasa dengan beberapa kelebihan yang tak dapat dilakukan oleh dvd biasa. Kelebihan yang tidak dapat dilakukan oleh tv biasa ialah anda boleh snapshot gambar apa sahaja. pada bila-bila masa dengan satu klik, sama ada movie, drama atau iklan. Satu lagi kelebihan yang boleh dilakukan ialah boleh merakamkan (record) cerita atau movie kesukaan. begitu juga jika kita memasang dvd, boleh rakam short yang disukai dengan satu klik. Anda scan untuk mencari siaran yang jelas seperti tv biasa, ikutlah arahan bagaimana hendak scan (pastikan selepas antena di pasang) .Anda boleh merakam atau snapshot gambar artis kesukaan anda.Selamat menonton......
Rabu, 28 Disember 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan