BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Translate

Sabtu, 5 Mei 2012

Syiling Yassin

 

Syiling Yassin merupakan syiling yang menjadi kegilaan ramai peminat syiling lama disebabkan keunikannya yang tersendiri.Selain daripada sifat misteri yang tidak diketahui zaman kemunculannya,ketukangan serta motif pembuatan corak yang ditempa di syiling tersebut juga masih menjadi persoalan.Apa motif sebenar penciptaan syiling ini??Jadi disini aku akan cuba menyelongkar misteri Syiling Yassin.Syiling yang menjadi kegilaan ramai orang. (gambar: syiling yassin 9)                                                                                                                                                                                                  

Kenapa bernama Syiling Yassin?
Kenapa Syiling ini bernama Syiling Yassin?? syiling yassin ini diberi nama kerana ada tulisan yassin di bahagian belakang syiling tersebut.Ada juga yang memanggilnya sebagai syiling tongkat kerana ada diantara syiling tersebut mempunyai gambar seperti seseorang yang memegang tongkat. Namun secara majoritinya,nama syiling yassin lebih menjadi pilihan berbanding syiling tongkat. (gambar: syiling yassin 7)
 
Seni pembuatan syiling ini semuanya ditempa dengan tangan (yang asli) dengan penggunaan corak yang sama mengikut bilangan atau jenis yang berbeza.Bahan yang digunakan untuk menghasilkan syiling ini juga ada pelbagai jenis.Antara bahan yang digunakan untuk menghasilkan syiling ini adalah Timah hitam,emas,logam,tembaga mahupun besi.  (gambar: syiling yassin 7)                                  
Keunikan Syiling Yassin
Tahukah anda setiap syiling yassin ini bernombor??Buat pengetahuan semua,syiling yassin ini terbahagi kepada tujuh.Yassin 1,Yassin 3,Yassin 5,Yassin 7,Yassin 9,Yassin 11 dan Yassin 12 (Mengikut bilangan tulisan yassin dibelakangnya). Jika anda perasan disini.,Syiling Yassin hanya terbahagi kepada nombor ganjil sahaja kecuali Syiling Yassin 12 yang bersifat agak istimewa..Agaknya apa sebab ia dicipta sedemikian rupa??Tidak payahlah anda menjawab kerana aku sendiri pun tidak pasti tentang jawapannya..(gambar : syiling yassin 9)


Berkenaan dengan sejarah awal penciptaan Syiling ini pula,ada yang mengatakan Syiling Yassin ini bukanlah digunakan sebagai matawang ,sebaliknya ianya dicipta sebagai Syiling peringatan sahaja.Anda cuba fokuskan kepada perjalanan Syiling ini daripada Yassin 1 sehinggalah Syiling 12..Agaknya ada apa ye??                                       

Pakar Syiling-syiling lama mengatakan bahawa Syiling ini dibuat bagi memperingati perjalanan Islam di Tanah Melayu suatu ketika dahulu kerana ada unsur-unsur sedemikian di belakang syiling Yassin..Tetapi mengapa syiling yang pernah di jumpai di Gunung Ledang suatu ketika dahulu menyerupai toyol seolah-olah memegang tombak pula??(Tiada siapa yang mampu menjawab) Siapa Ya'akob yang tertulis pada syiling yassin ini?. tak siapa yang tahu.








Motif yang ditonjolkan di syiling yassin kebanyakannya agak meragukan.Tulisan yassin dibelakang tetapi motif didepannya seakan-akan toyol memegang tombak,orang tua memegang tongkat motif rama-rama dan sebagainya.Jadi dimanakah kebenarannya tentang sejarah sebenar syiling tersebut.Hanya tuhan sahaja yang tahu  jawapannya.                                                                          
                                                                                                      

Ada diantara mereka merupakan peminat barangan lama.Ada pula yang berminat kerana mempunyai niat tidak baik.Mereka percaya duit ini boleh digunakan untuk menurun (memuja untuk memanggil duit).Dikhabarkan juga,duit ini memang sesuai digunakan sebagai ibu duit.Disebabkan itu,ada diantara mereka sanggup membayar puluhan ribu ringgit semata-mata untuk mendapatkan syiling yassin yang asli.Namun begitu,kita sebagai orang islam diwajibkan untuk menjauhkan diri dari perbuatan yang menjurus kearah syirik.Berdosa besar ye tuan puan.Aku tak akan menjualnya kerana ianya sangat sukar untuk mendapatkannya (dari alam ghaib)                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                  Aku tak tahu apakah maksud nombor yang ada pada syiling iaitu seperti 171,287,152 dan 500 yang ditulis dalam bahasa arab adakah tahun hijrah atau masehi. Kalau benar angka ini bermaksud tahun, bermakna syiling ini berusia ribuan tahun.                                Syiing Yassin 7 yang tertera kalimah Allah dan ganbar Ka'abah.                                                                                                                                  Yassin 7 berbentuk bujur ini sangat sukar didapati.                                                                                    Syiling walisongo (wali Sembilan)   bergambar ka'abah                                                                                                          Syiling Walisongo .Aku adalah salah seorang dari keturunan walisongo.    klik di sini untuk info selanjutnya                                 Banyak lagi koleksi lain yang aku ada. Antaranya keris, buntat, batu, geliga, dan lain-lain.