BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Translate

Rabu, 22 Disember 2010

pc aku (overclocking)


                                        cpu-z ..softwere yang boleh membaca kelajuan processor.
                                                                 thermaltake blueorb fx

           untuk menambah kelajuan pc. aku telah overclocking pc aku. tetapi risiko nya pc akan cepat panas dan mungkin processor akan terbakar dan rosak. untuk mengelakan daripada terbakar aku telah memasang kipas besar pada processor yang akan menunjukan bacaan suhu sebenar dan tahap kebisingan kipas tersebut. kipas thermaltake blueorb fx ni berharga Rm 190.                   
        power supply 550w yang dapat membekalkan tenaga sehingga 550w apabila diperlukan. harganya Rm 180.
pc aku ni aku dah overclocking kasi laju. aku pakai dual monitor. tapi aku masih lagi tak puas hati dengan kelajuan pc aku ni. dah tambah ram 4 gb, dah pasang cooler fan besar. prosesor dah overclocking, macam- macam aku dah buat tapi aku masih tak puas hati. bila aku tanya kawan aku kenapa jadi macam tu. la.....rupanya pasal power supply tak cukup. mana tak nya aku pasang macam- macam pada pc aku.grafik card, sound card, tv card,dan memacam lagilah. jadi sekarang aku tengah cari power supply yang boleh menampung pc aku.............akhirnya aku dapat juga mencari power supply yang sesuai dan harga nya juga berpatutan, aku harap power supply ni dapat mencapai pretasi yang aku harapkan...

kolam ikan

Kolam ikan yang belum ditanam pokok. Dan pokok yang ditanam pun belum besar.
Aku punya kolam ikan yang aku reka pada asalnya kolam aku ni tiada air terjun. Tetapi aku telah menambah tiga tingkat untuk 3 air terjun. Ini bukan lah batu sebenar tetapi pasir campur simen. Cara membuat bentuk seperti batu tidaklah susah. Caranya membuat bentuk daripada papan dan tuangkan simen didalam acuan selepas kering (jangan sampai keras) biasanya mengambil masa antara 8 hingga 10 jam. selepas itu tanggalkan acuan tersebut, dan ukirkan bentuk batu pada simen tadi. Langkah terakhir ambil simen saja campurkan air dan sapukan pada ukiran tadi mengunakan berus cat untuk melicinkan permukaan tersebut.                                                                    Inilah bentuk batu yang dibuat daripada campuran pasir dan simen. Seperti yang aku terangkan di atas.Dan ini pula bentuk batu yang dibuat dari batu bata dan simen. Proses membuatnya hampir sama dengan yang diatas.Setelah 2 tahun berlalu pokok hiasan yang ditanam pun membesar dan menampakan ianya seperti hidup semulajadi.Pokok yang sesuai ditanam adalah jenis yang hidup tidak bergantung pada tanah dan memerlukan banyak air untuk hidup.Contohnya pokok pakis ini.                                                                                Atau pun pokok keladi yang memanjat dan mempunyai akar untuk memanjat.                                                                     .Ini pula  pokok keladi yang menjalar dan boleh hidup di dalam air dan di darat.                                                         Aku sengaja membiarkan binatang lain menumpang hidup disekitar kolam untuk menampakan ciri semulajadi disamping memakan serangga kerana terdapat banyak serangga disini.