BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Translate

Ahad, 9 Disember 2012

custom pc case


 pc case aku dah buruk betul. sakit mata tengok. nak jimat kos dan nak nampak lain dari yang lain. aku buat sendiri pc case aku mengunakan tempat meletak makanan.

bekas makanan yang selalu kita nampak kat restoren
proses menebuk
setelah siap


operasi berjaya!...

ambil masa dua hari juga nak siapkan benda ni. tetapi aku akan tambah lagi lampu bagi lagi nampak menarik.

Sabtu, 28 Julai 2012

LUKAH UDANG

LUKAH UDANG

Aku dibesarkan dalam keluarga nelayan sungai. Sejak kecil Aku sering melihat dan selalu mengikut ayah dan ibu ku ke sungai tak kira waktu. kerana nelayan sungai bergantung pada pasang dan surut sungai. nelayan sungai terpaksa mencari rezeki dengan apa cara sekalipun seperti belat, jala, jaring, pancing, lukah dan sebagainya. disini aku ada menunjukan cara lukah udang dibuat. Buluh yang telah dipotong dan dibelah untuk dibuat dinding. dianyam begini untuk dikeringkan. Injap yang telah diraut                                                                                                                                               Injap yang telah di anyam mengunakan akar mengkeri.   Awas! jangan cuba masuk tangan anda kelubang injap. benda yang masuk takan boleh keluar kecuali dengan mematahkan mata injap.                                                                              Pandangan injap dari luar                                   Akar onak digunakan untuk membuat bingkai dalam                                  Lukah udang biasanya nempunyai dua injap. Udang biasanya akan melalui dua injap untuk sampai ke tempat umpan yang terletak selepas injap kedua.                                                                       Biasanya proses mengait lukah adalah pada waktu air surut. tali lukah di ikat pada pancang yang di benamkan di dasar sungai. kalau air pasang proses ini sukar dilakukan dan mungkin tidak menjumpai lukah tersebut.    Inilah pintu lukah tempat memungut hasil dan tempat meletakan umpan. Umpan yang biasa aku gunakan adalah isi kelapa yang telah dibelah. Lukah dikait biasanya tiga hari sekali. biasanya aku pasang tiga puluh biji lukah untuk mendapatkan dua hingga tiga kilogram udang galah. hasil sekarang banyak bekurangan dari dulu. mungkin sebab pencemaran.
udang galah saiz sederhana
hasil tangkapan dari 5 biji lukah cukup untuk dibuat lauk.
ikan pun kadang kadang masuk sebab nak makan udang yang terperangkap didalam lukah.
udang galah saiz sedehana. udang galah boleh membesar sehingga beratnya 500 gram hingga 600 gram seekor

Rabu, 20 Jun 2012

YES ZOOM BROADBAND

Aku ada masalah dengan line broadband yang aku guna sekarang. selalu menggangu penulisan blog aku. tengelam timbul. aku sampai naik bosan. nak-nak pada waktu puncak. kini aku jumpa apa yang dapat menyelesaikan masalah aku selama ini. terima kasih YES. Kawasan rumah aku dapat 4 bar. aku ambil pakej  super 68.                                             

antara kelebihan yes zoom ini

SPEED TEST yang telah aku lakukan . Keputusan yang tidak mengekewakan aku. Selama ini aku ada mengajar tip nak lajukan broadband dalam blog ini. Bukannya tiada peningkatan kelajuan tetapi peningkatan yang kurang memuaskan aku.

aku ambil pakej super 68 sesuai dengan buget aku yang ciput.

       Broadband speed (YES)

Lihatlah speed untuk broadband lama aku, jauh beza. Yang atas tu ialah YES.  Inilah cara  mengatasi masalah seperti aku yang line tm.net tak dapat disambungkan ke rumah.Mungkin rumah aku dalam hutan agaknya. hehehehe.................

                                                                                                                        

Rabu, 13 Jun 2012

MENANGKUL UDANG GANTUNG


Bila tiba musim udang gantung kami penduduk kampung akan turun ke sungai untuk menangkul udang gantung. Udang gantung tidaklah besar, Hanya sebesar jari kelinking sahaja. Cukuplah untuk makan sendiri.kenapa dinamakan udang gantung? sebab udang ini suka bergantungan pada akar kiambang (keladi bunting)      Biasanya tangkul dibuat dari rim basikal atau rim motor sebagai bingkai dan kelambu atau langsir sebagai jaringnya.               Udang yang segar biasanya berbadan jernih atau lutsinar.             Sekali tangkul diangkat biasanya mendapat 5 hingga 8 ekor. Jadi untuk mendapat hasil yang banyak proses ini harus dilakukan berulang kali.

proses mengangkat tangkul ke permukaan air hendaklah dilakukan denga perlahan agar udang tidak melompat keluar

                Biasanya umpan tangkul ini seperti isi kelapa, belacan, beras rendam, kelapa sawit dan sebagainya yang diikat ditengah tangkul.cara tangkul ini dipasang senang sahaja, cuma perlu rendam tangkul ini beberapa minit dan angkat perlahan-lahan mengunakan tali yang diikat pada tangkul tadi.

aku gunakan umpan kelapa atau belacan

inilah bentuk tangkul aku yang tak cantik

udang hidup boleh dibuat bela atau sebagai makanan ikan akurium

           Tangkul biasanya dipasang di tepi sungai yang berair cetek dan keruh. Inilah tempat aku selalu lepak mencari ketenangan.