BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Translate

Jumaat, 23 Disember 2011

cara dual-monitor (multiple display) berfungsi

Pada episod lepas aku ada mengajar macam mana nak pasang dual monitor / multiple display (mei 2011). Hari ni aku nak tunjukan macam mana ianya berfungsi. Banyak pekara yang kita boleh buat dalam satu masa. sesuai untuk mereka yang sentiasa sibuk atau untuk kepuasan. anda boleh menonton video dengan skrin penuh tanpa menganggu kerja pada monitor utama. Lihatlah DEMO di bawah ini.  Aku  sekarang mengunakan window 7, jadi  lagi mudah kerja. kita klik pada atas skrin dan turunkan seterusnya  tolakkan keatas skrin satu lagi untuk skrin penuh.                                                                                                     

inilah paparan pada desktop (desktop background full screen) 2 monitor.

                                                       Kita boleh banyak file tanpa bertindih. sesuai pada mereka yang suka download gambar atau file tanpa perlu copy dan paste. Cepat dan mudah. Anda cuma perlu klik pada gambar dilaman web dan alihkan ke monitor satu lagi dan lepaskan kat  file yang kita nak simpan. begitu juga pada penulisan di web, Kita hanya highlight pada penulisan di web dan alihkan pada wordpad di monitor satu lagi (pastikan wordpad telah dibuka terlebih dahulu) di monitor satu lagi .Banyak lagi kelebihan yang boleh dilakukan , Tak dapat aku terangkan di sini.                                                                                                                                                                                                                                               Kebanyakan pc sekarang sudah mempunyai Slot Grafik (graphic card). Jadi kalau ada monitor lebih tu bolehlah buat . tak kira lah monitor CRT ke LCD atau LED, Semua pun boleh. tak perlu kedua-dua monitor sama jenis. Anda boleh  gabungkan mana-mana jenis monitor . Cuma perlu modal dalam RM30 untuk beli converter (untuk grafik card tertentu). sesetengah grafik card tak perlu pasang converter (sila lihat blog aku yang lepas).   siapa suka game angry birds?.         Boleh main game angry birds dengan dua monitor. Melastik angry birds menembusi monitor utama ke monitor kedua. p/s tip macam mana nak kalahkan musuh angry birds. Senang je.....kalau melastik pakai burung biru, klikkan dekat burung biru semasa melastik, nanti dia jadi 3 ekor. kalau melastik pakai burung kuning , bila klik dia akan jadi laju. ...kalau pakai burung putih bila klik dia akan mengeluarkan telur yang boleh meletup. dan kalau burung hitam bila klik kita boleh menentukan kat mana dia nak meletup. kalau yang merah tu tak de ape-ape terjadi bila di klik.hehehehe.............SELAMAT BERMAIN.

0 ulasan: